• November 7, 2023
  • 130

Kunjungan Dan Taklimat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sabah

Kunjungan Dan Taklimat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sabah

PENAMPANG, 07 NOV – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sabah telah mengunjungi dan menyampaikan taklimat di JKR Penampang.

Mohd Fauzi Zikiri selaku Jurutera Daerah Penampang mengalu-alukan kehadiran CIDB dan merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan dan taklimat yang disampaikan.

Rombongan CIDB yang diketuai oleh Pengurus CIDB Negeri Sabah, Mohd Hanif Bin Abdul Rahman menyampaikan taklimat berhubung Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC (Quality Assessment System for Building Construction Works) dan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (Safety and Health Assessment System in Construction) atau SHASSIC.