• November 20, 2023
  • 61

Majlis Maulidur Rasul SAW dan Perhimpunan Solidariti Palestin

Majlis Maulidur Rasul SAW dan Perhimpunan Solidariti Palestin

PUTATAN, 17 NOV – Majlis Maulidur Rasul SAW dan perhimpunan solidariti Palestin peringkat Daerah Putatan telah disertai oleh pelbagai jabatan dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Perarakan tersebut telah dihadiri oleh seramai 2,200 peserta dan sebanyak 48 kontinjen serta kakitangan JKR Bandaraya yang beragama islam turut serta  menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pegawai Daerah, Masawi Salleh, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abd Basir dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Shamsir Zulkifli.

Perarakan itu dimulakan seawal jam 7.00 pagi bermula dari Masjid Daerah Putatan dan berakhir di Dewan Sri Putatan.

Antara pengisian program tersebut adalah pertandingan perarakan yang disertai oleh sebanyak 48 kontinjen bagi kategori Jabatan dan Agensi yang mana telah dimenangi oleh Pejabat Parlimen Putatan, manakala Jabatan Kerja Raya di tempat kedua dan Majlis Daerah Putatan berada di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi Kategori Komuniti dan Pertubuhan, tempat pertama dimenangi oleh Masjid Nurul Ihsan disusuli Kelas Mengaji Masjid Daerah Putatan di tempat kedua dan Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih di tempat ketiga.

Manakala kategori Sekolah dan Madrasah pula telah dimenangi oleh SK Kg Contoh, Petagas, Madrasah Al-Hidayah di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh KAFA.