• November 24, 2023
  • 254

Mesyuarat Daif Sabah (2022)

Mesyuarat Daif Sabah (2022)

KUDAT, 23 NOV – Pembinaan Bangunan Gantian Penuh Empat (4) Bilik Darjah, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah, Tandas dan lain-lain kemudahan berkaitan di Sekolah Kebangsaan Parapat Darat, Kudat telah berlangsung di Bilik Gerakan JKR, pada jam 10 pagi, semalam.

Mesyuarat ini merupakan perbincangan pertama bersama pihak JKR berkaitan dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan dilengkapkan oleh pihak kontraktor seperti polisi-polisi insurans, carta organisasi, dan projek Signboard.

Selain itu, turut dibincangkan adalah kerja-kerja topografi, penempatan sementara pelajar serta warga sekolah, kerja – kerja longkang dan cerun serta isu-isu berkaitan.

Seramai 27 orang hadir pada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Jurutera Bahagian Kawasan Utara, Hilmy Hamid dan turut dihadiri oleh Jurutera Kerja, Siti Nurmasyittah Ag. Besar dan Ts. Mohd Zamree bin Tomy.

Hadir sama, wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kudat, Guru Besar Sekolah, Pakar Perunding, Kontraktor serta kakitangan JKR Kudat yang terlibat.