• Disember 12, 2023
  • 207

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Bagi Tahun 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Bagi Tahun 2022

TUARAN, 08 DIS – Jabatan Kerja Raya Sabah telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKR Bagi Tahun 2022, Jumaat lepas.

Acara berprestij itu dilaksanakan di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Seramai 134 Pesara, 43 Employee Of The Year (EOTY), 74 Penerima APC serta Anugerah Khas, iaitu, Anugerah Pengurusan Tapak dan Pembinaan Projek (Kategori Wakil Pegawai Penguasa), Anugerah Pengurusan Tapak dan Pembinaan Projek (Kategori Koordinasi Projek) dan Anugerah Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod Terbaik yang disampaikan dalam majlis tersebut.