• Disember 19, 2023
  • 203

Lawatan Kerja Menteri Kerja Raya Sabah ke Daerah Beluran dan Telupid

Lawatan Kerja Menteri Kerja Raya Sabah ke Daerah Beluran dan Telupid

BELURAN – TELUPID, 13 & 14 DIS – Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Beluran dan Telupid.

Lawatan itu disertai oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah dan SESB. Lawatan itu bertujuan untuk meninjau tapak projek SMK Ulu Sapi, Low Level Crossing Sungai Matau Patau, Cadangan Jambatan Konkrit Kg Tobidong Bidong dan Jambatan Sg Kupari  Kg Lidung.

Bukan itu sahaja, mereka turut melakukan lawatan ke Intake Pump Jabatan Air, Lawatan ke Ferry Ribu Bonus untuk melawat cadangan Jambatan konkrit Kg Ansuan Baba, Lawatan ke SMK Telupid, Kompleks JKR, Loji Rawatan Air Telupid, Lawatan ke Tangki Bt 6 Kg Wonod, Lawatan ke Jalan Kg Lumou Kopurondan Lawatan ke Tangki R7 Kg Lumou.

Pihak SESB turut menyampaikan taklimat mengenai isu pemasangan Wayar ABC sepanjang jalan Pan Borneo ke Telupid di persimpangan Sapi Nangoh.