• Januari 11, 2024
  • 88

Corporate Social Responsibility (CSR)

Corporate Social Responsibility (CSR)

PENAMPANG, 07 DIS 2023 – Cawangan Utiliti dan Alam Sekitar (CUAS), JKR Sabah telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Sekolah Kebangsaan Buit Hill, Penampang. Hadir bersama semasa program ini adalah Martin Sibit, Guru Besar SK Buit Hill Penampang, guru – guru dan pelajar – pelajar SK Buit Hill, Penampang. Program ini juga dapat dijayakan dengan bantuan Puan Fareen, selaku Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Buit Hill yang telah menjadi guru penyelaras dengan pihak JKR mengenai pengurusan program itu.

Program dimulakan pada pukul 9:00 pagi dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pengarah CUAS, Mohd Hardy bin Laidin. Dalam ucapan beliau, program CSR ini adalah bertujuan untuk melatih kakitangan CUAS supaya lebih peka dengan kepentingan komuniti serta khidmat sosial dengan memberi sumbangan ikhlas kepada sekolah.

Program disusuli dengan taklimat ringkas daripada beliau mengenai kerjaya sebagai seorang jurutera. Beliau juga berpeluang untuk berinteraksi bersama pelajar – pelajar SK Buit Hill Penampang mengenai minat kerjaya.

Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Buit Hill, Martin Sibit. Dalam ucapannya, beliau amat berterima kasih dan bersyukur dengan sumbangan daripada JKR Sabah yang sedikit sebanyak dapat membantu SK Buit Hill dari segi kelengkapan alat tulis.

Bersempena dengan itu, sesi penyerahan bantuan kelengkapan alat – alat tulis telah diadakan bersama – sama dengan semua warga sekolah di dewan terbuka SK Buit Hill. Program diakhiri dengan jamuan ringkas yang telah disediakan oleh SK Buit Hill.

Syabas CUAS JKR Sabah atas sikap keprihatinan serta tanggungjawab dan khidmat sosial kepada komuniti melalui perkongsian ikhlas selari dengan salah satu teras yang diamalkan oleh Cawangan Utiliti dan Alam Sekitar JKR Sabah. Diharapkan usaha seperti ini sentiasa dikekalkan dan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi kelak.