• Januari 11, 2024
  • 68

Program Sumbangan Bakul Makanan, Cawangan Utiliti & Alam Sekitar

Program Sumbangan Bakul Makanan, Cawangan Utiliti & Alam Sekitar

KOTA KINABALU, 21 NOV 2023 – Seramai lapan orang penerima yang terdiri daripada pengawal – pengawal keselamatan yang berkhidmat di Ibu Pejabat JKR Sabah telah menerima sumbangan bakul makanan yang disediakan oleh kakitangan Cawangan Utiliti & Alam Sekitar (CUAS) sendiri.

Program ini dilaksanakan selaras dengan salah satu teras utama cawangan iaitu Corporate Social Responsibility (CSR). Menurut Ketua Penolong Pengarah CUAS dalam ucapannya, program ini diharap dapat memupuk amalan bersedekah di kalangan kakitangan CUAS di samping memberi sokongan kepada individu yang lebih memerlukan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga CUAS dan semoga program ini akan dilaksanakan oleh warga JKR Sabah secara menyeluruh.