• Januari 16, 2024
  • 183

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.1/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.1/2024

KOTA KINABALU, 10 JAN – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.1/2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin.

Dalam mesyuarat tersebut, dibentangkan Laporan Pengurusan Aset Alih Jabatan (Suku Keempat) yang melibatkan Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih, Laporan Pemeriksaan Aset Alih (KEW.PA.11), Laporan Penyelenggaraan Aset Alih, Laporan Pindahan Aset Alih, Laporan Pelupusan Aset Alih dan Laporan Hapuskira Aset Alih.

Di samping itu, Laporan Pengurusan Stor Jabatan (Suku Keempat) turut dibentangkan yang meliputi Laporan Kedudukan Semasa Stok, iaitu Stor Tak Beruntuk dan Stor Alat Tulis. Selain itu, pembentangan itu termasuklah Laporan Pemeriksaan / Verifikasi Stor, Laporan Pelupusan Stok, Laporan Kehilangan & Hapuskira Stok dan Laporan Pelaksanaan Penggunaan / Pengisian Aset Alih (S2A).