• Januari 19, 2024
  • 186

Penyerahan Projek Menaiktaraf Kemudahan Pelabuhan Dalam Kawasan Terminal Jeti Menumbok Fasa 3

Penyerahan Projek Menaiktaraf Kemudahan Pelabuhan Dalam Kawasan Terminal Jeti Menumbok Fasa 3

KUALA PENYU, 08 JAN – Pihak JKR dengan rasminya menyerahkan Projek Menaiktaraf Kemudahan Pelabuhan Dalam Kawasan Terminal Jeti Menumbok Fasa 3 kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Penyerahan projek itu disempurnakan oleh Darryl Ian Joinol, Jurutera Daerah Kuala Penyu kepada Roslee Sumin, Timbalan Pengarah II, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Hermes J. Kimsoh selaku Ketua Unit Pembangunan Bahagian Pelayaran di Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Hadir sama, para pegawai dari JKR Kuala Penyu dan JKR Beaufort.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Cawangan Menumbok, JKR Kuala Penyu, Pemborong Bina Berjaya selaku kontraktor yang telah dilantik dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan  projek itu siap dengan jayanya.