• Februari 2, 2024
  • 101

Kunjungan Hormat JPN Negeri Sabah

Kunjungan Hormat JPN Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 25 JAN – Pengarah JPN Negeri Sabah, Puan Ervinah @ Syarafina binti Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kerja Raya Sabah di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Sabah yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin.

Kunjungan berkenaan adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua jabatan mengenai projek-projek fizikal JPN Sabah. Turut dibincangkan adalah mengenai perpindahan pejabat JPN Daerah Penampang ke ITTC Shopping Mall, Jalan Pintas Penampang, perancangan perpindahan Pejabat JPN Daerah Sandakan dan Pembinaan Pusat Rekod JPN Sabah di Laya-Laya, Tuaran.