• Februari 8, 2024
  • 217

Pemeriksaan Siap Kerja Bagi Projek Pembaikan Cerun Di KM0.85 dan KM1.151, Jalan Mesej Timpangoh

Pemeriksaan Siap Kerja Bagi Projek Pembaikan Cerun Di KM0.85 dan KM1.151, Jalan Mesej Timpangoh

PENAMPANG, 8 FEB – Pemeriksaan Siap Kerja bagi projek Pembaikan Cerun KM0.85 dan KM1.151, Jalan Mesej Timpangoh, Penampang telah dijalankan oleh JKR Penampang selaku Wakil Pengarah Projek (PDR) bersama pihak Kontraktor dan Perunding.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina yang melibatkan skop kerja seperti kerja-kerja Geoteknikal, Jalan dan Sistem Perparitan bagi dua (2) lokasi kegagalan cerun di KM0.85 dan KM1.151, Jalan Mesej Timpangoh. Projek ini telah dimulakan pada 11 Mei 2022 dan siap pada 8 Februari 2024.

Gambar sebelum (2019)

Jurutera Daerah JKR Penampang, Mohd Fauzi Zikiri yang hadir dalam pemeriksaan tersebut turut memberikan taklimat ringkas kepada dua (2) Pelatih Industri yang sedang menjalani Latihan Industri di JKR Penampang. Turut hadir dari JKR Penampang ialah Penolong Jurutera, Joyce dan Hermes Mijin. Pihak kontraktor iaitu Bestajaya Sdn. Bhd yang dihadiri oleh En. Thien dan En. Damien manakala pihak perunding dihadiri oleh En. Clement Chuo dari PY Konsep Perunding Sdn. Bhd.