KOTA KINABALU, 10 FEB – Kelab Sukan dan Rekreasi JKR Sabah telah menganjurkan Pertandingan Trio Boling JKR Sabah bertempat di KK Bowl Galaxy, Centre Point, sabtu lepas.

Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Mohd. Safri telah merasmikan program tersebut yang disertai oleh 24 kumpulan daripada pelbagai cawangan dan daerah.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Korporat, Adzizah @ Suzianah bt Akul menyampaikan cenderakenangan kepada Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Mohd. Safri Abd Habi.

Turut dijemput Mohd Kamsul Shah, Razaky Mapalabong dan Gilbert Adrian sebagai Direktor Pertandingan daripada Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah.

Pertandingan itu dijuarai oleh kumpulan Teletubbies. Di tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Otai dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Fast & Furious. Hadiah saguhati turut diberikan kepada setiap kumpulan sebelum mengakhiri program tersebut.

Teletubbies
Teletubbies
Otai
Fast & Furious

Anugerah Pemain Lelaki Terbaik disampaikan kepada Norazhar Norbidin daripada kumpulan Power Rangers dan untuk Anugerah Pemain Wanita Terbaik dimenangi oleh Halimatus Saadiah daripada kumpulan Otai.

 

Norazhar Norbidin
Halimatus Saadiah

About The Author