• Februari 28, 2024
  • 93

Kejohanan Tenpin Boling Piala Mayor 2024

Kejohanan Tenpin Boling Piala Mayor 2024

KOTA KINABALU, 23-25 FEB – Sempena sambutan Hari Bandaraya Ke-24, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Piala Mayor 2024 yang berlangsung di KK Bowl Galaxy, Centre Point.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan penyertaan daripada 31 pasukan termasuk Jabatan Kerja Raya, wakil agensi serta pasukan persendirian.

Pasukan PTBNS DZ dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan medal. Naib johan dimenangi oleh pasukan DBKK dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).