• Februari 28, 2024
  • 174

Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Sistem S2A

Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Sistem S2A

LAHAD DATU, 27 FEB – Cawangan Stor Ibu Pejabat JKR Putatan telah mengadakan taklimat ringkas berkenaan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Sistem S2A.

Taklimat ini dipengerusikan oleh Muhammad Asrul Nizam bin Mutaib selaku Penolong Jurutera Awam JKR Lahad Datu. Taklimat ini disampaikan oleh Unit Pengurusan Aset (UPA).

Turut serta dalam taklimat ini ialah beberapa kakitangan JKR Lahad Datu, JKR Tawau dan Semporna manakala JKR Kunak tidak dapat menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Antara pengisian taklimat ialah tatacara pengurusan aset alih yang betul, pemeriksaan aset alih, borang-borang aset alih yang perlu digunakan dan pendaftaran aset ke dalam sistem online S2A.

Sesi soal jawab juga telah diadakan agar semua kakitangan lebih jelas tentang pengurusan aset alih.