• Mac 8, 2024
  • 100

Kunjungan Hormat Jabatan Penerangan Malaysia

Kunjungan Hormat Jabatan Penerangan Malaysia

KOTA KINABALU, 6 MAC – Jabatan Kerja Raya Sabah telah menerima delegasi kunjungan hormat daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), yang diketuai oleh Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah Kanan (Pengurusan).

Delegasi kunjungan itu disertai oleh Jainisah Mohd Noor, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) serta wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Kunjungan itu memberi tumpuan kepada perbincangan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Jabatan Penerangan Sabah yang perlu dilihat semula bagi memastikan segala pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan memenuhi piawaian yang ditetapkan.