• Mac 15, 2024
  • 85

Lawatan Kementerian Kewangan dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah

Lawatan Kementerian Kewangan dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah

PUTATAN, 14 MAC – Cawangan Stor telah menerima lawatan Kementerian Kewangan dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah, semalam.

Rosedah @ Yah Md. Said, Ketua Penguasa Stor, memberikan taklimat ringkas tentang Carta Organisasi, Objektif dan Fungsi Pusat Stor JKR Sabah.

Selain itu, rombongan turut diberikan penerangan mengenai penempatan empat Stor Tidak Beruntuk dan Satu Stor Beruntuk di bawah penempatan Cawangan Akaun dan 25 POL JKR Sabah yang membekalkan minyak kepada Loji dan Jentera Berat sebelum mereka dibawa melawat ke Stor Tidak Beruntuk Putatan dan POL JKR Putatan.

Tujuan lawatan ini adalah susulan daripada Bengkel Pekeliling Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang telah diadakan pada 21-23 Februari 2024 di Hotel Promenade sebelum ini.