• April 1, 2024
  • 88

Majlis Iftar JKR Bandaraya

Majlis Iftar JKR Bandaraya

KOTA KINABALU, 26 MAC – Bersempena dengan bulan Ramadan JKR Bandaraya telah mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk pada sebelah pagi dan pengagihan bubur tersebut telah dilaksanakan pada sebelah petangnya kepada kakitangan di sekitarnya.

Majlis Iftar telah diadakan di Dewan Mini JKR Bandaraya yang dihadiri oleh kakitangan Unit Mekanikal, Unit Elektrikal, Unit Pemeliharaan Jalan dan Unit Senggara Bangunan.

Jurutera Bahagian Kota Kinabalu, Ts. Zulkefli bin Salip Arjud, mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan beliau juga berharap agar aktiviti sedemikian dapat memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan.