• April 5, 2024
  • 160

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih (Bil. 2/2024)

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih (Bil. 2/2024)

PENAMPANG, 4 APR – Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan bagi meraikan persaraan serta memberikan penghargaan kepada Juini Engok yang akan menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat selama 35 tahun di JKR Sabah.

Juini Engok, Pembantu Tadbir Gred N22 merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010, 2015 dan 2020.

Beliau juga merupakan seorang pegawai yang aktif dalam acara sukan Ping Pong dan pernah mewakili JKR Sabah dalam Karnival Sukan JKR Se-Malaysia.

Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri yang mewakili seluruh warga kerja JKR Penampang mengucapkan ‘Selamat Bersara’ kepada beliau serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta komitmen yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.