SEMPORNA, 3 APR – Bersempena dengan Nuzul Quran, Jabatan Kerja Raya Semporna telah mengadakan Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa.

Majlis dimulakan dengan khatam quran yang disempurnakan oleh beberapa kakitangan dan dipimpin oleh Ustaz Johari Kimpi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian tazkirah yang bertajuk ‘Al-Quran penyuluh kehidupan’ dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta solat sunat terawih secara berjemaah.

About The Author