• April 17, 2024
  • 214

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Jasamu Dikenang

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Jasamu Dikenang

PENAMPANG, 17 APR – JKR Penampang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Jasamu Dikenang yang dihadiri oleh seluruh warga kerja JKR Penampang.

Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan alu-aluan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Mohd Faisal Mohd Aslee di atas penganjuran majlis tersebut.

Dalam pada itu, Majlis Jasamu Dikenang diadakan bagi meraikan persaraan Robin Martin Wong (Pembantu Awam, H11) yang akan bersara pada 18hb April 2024.

Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri mewakili seluruh warga kerja JKR Penampang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama, sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan selama 35 tahun di JKR Sabah.

Robin Martin Wong telah memulakan perkhidmatan di JKR Kuala Penyu pada tahun 1988 sebelum ditempatkan di Cawangan Penyenggaraan Jalan (Ibu Pejabat JKR) dan seterusnya di JKR Penampang.

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.