• Mei 6, 2024
  • 82

Taklimat Pengisian Deskripsi Tugas

Taklimat Pengisian Deskripsi Tugas

PENAMPANG, 3 MEI – Cawangan Sumber Manusia, JKR Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Penampang bagi memberi taklimat berhubung pengisian Deskripsi Tugas dan memberi penerangan berhubung pengurusan rekod dan fail.

Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Muhammad Fuad Bin Hassan, Pembantu Tadbir dan diiringi oleh Prancer Andrew.

Jurutera Daerah JKR Penampang, Mohd Fauzi Zikiri telah membentangkan taklimat ringkas berhubung Pengurusan Sumber Manusia JKR Penampang.

Dalam taklimat tersebut, beliau memaklumkan bahawa kakitangan JKR Penampang setakat ini ialah seramai 32 orang. Di mana seramai 3 orang pegawai telah bersara pada awal tahun ini dan seorang pegawai akan bersara pada bulan Mei ini.

Beliau turut berharap agar sesi lawatan ini menjadi platform terbaik dalam perkongsian maklumat dan medium perbincangan terbaik bagi mendapatkan maklumbalas terhadap isu-isu berkaitan dengan perjawatan serta pengurusan fail dan rekod.