• Mei 9, 2024
  • 118

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Kerja Raya Sabah

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Kerja Raya Sabah

KOTA KINABALU, 9 MEI – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, Kementerian Kerja Raya Sabah telah berlangsung di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat JKR dengan suasana yang meriah yang dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah.

YB Menteri Kerja Raya bersama-sama Pembantu-Pembantu Menteri Kerja Raya dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya serta Ketua-Ketua Jabatan telah meluangkan masa dengan melawat sekitar gerai-gerai penyediaan juadah Aidilfitri yang disediakan oleh setiap jabatan dan agensi.

Turut memeriahkan suasana, kehadiran warga setiap jabatan dan sekaligus ini memupuk lagi semangat ukhuwah di antara pengurusan tertinggi bersama warga kerja di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah.

Terdahulu, cawangan – cawangan di Ibu Pejabat JKR sempat melakukan sambutan rumah terbuka yang dihadiri oleh setiap kakitangan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Cawangan Projek Bangunan
Cawangan Ukur Bahan
Cawangan Arkitek