• November 30, 2021
  • 1301

LAWATAN KERJA RASMI DATUK PENGARAH JKRS KE JALAN PUTUS KK-TAMBUNAN-KENINGAU

LAWATAN KERJA RASMI DATUK PENGARAH JKRS KE JALAN PUTUS KK-TAMBUNAN-KENINGAU

KOTA KINABALU, 12 NOVEMBER 2021-Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid mengadakan lawatan kerja ke Daerah Tambunan dan Daerah Keningau. Lawatan ini bagi meninjau sendiri perkembangan terkini penyelenggaraan jalan putus di KM52.35 Waterfall Masakob, Tambunan dan KM107 Keningau.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan KM52.35 di kawasan air terjun Masakob, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu pada 9 November 2021, kira-kira jam 7 malam yang lalu mengakibatkan laluan itu tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Tuan Calvin Jones Justin, Jurutera Daerah Tambunan

En. Calvin Jones Justin, Jurutera Daerah Tambunan mengiringi Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid dalam lawatannya di KM52.35 Jalan Kota Kinabalu-Tambunan.

Menurut Calvin, jalan satu lorong telahpun dibuka pada 10 Oktober 2021 yang lalu sebagai penyelesaian sementara. Manakalah pemasangan ‘culvert’ berkembar bersize 1.5 meter sedang giat dipasang sebagai penyelesaian kekal.

“keseluruhan, kita dapat siapkan pada penghujung bulan Disember 2021 seperti yang dijadualkan. Memandangkan buat masa ini hanya satu lorong yang dapat dilalui, saya nasihatkan kepada pengguna jalan ini agar bersabar, bertolak ansur dan berdisplin. Beri lalun dahulu kepada kenderaan yang lebih awal memasuki laluan satu lorong ini,” kata Calvin.

Datuk Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah meneruskan lawatan beliau ke KM107 Jalan Tmbunan-Keningau dan disambut oleh Jurutera Bahagian Keningau, En. Zulkefli Salip Arjud.

JB Keningau seterusnya mengiringi datuk pengarah meninjau keadaan jalan yang telah putus setelah memberi taklimat ringkas.