• April 19, 2022
  • 3624

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Tuaran

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Tuaran

TUARAN – Program Jelajah Ramadhan JKR Sabah telah diadakan di JKR Tuaran yang diketuai oleh Jurutera Daerah Tuaran, Farini Awang mewakili Zon Kota Kinabalu, semalam.

Dalam program tersebut, turut diadakan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf di daerah Tuaran seperti Rumah Kebajikan Anak Yatim SURIA yang menempatkan 21 orang anak yatim, Tarbiyatun Nisa’ yang menempatkan 100 orang murid dari golongan asnaf dan Rumah Anak Yatim & Ma’ahad Tahfiz Al-Fateh HOME Tuaran yang menempatkan seramai 21 orang anak yatim.

Turut hadir, Yang di-Pertua Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantau, Mohd Shamsul Nizam, Timbalan Yang di-Pertua, Jurutera Bahagian Kota Kinabalu, Mohd Hardy Laidin, Setiausaha, Jurutera Bahagian Kota Belud, Ir. Jamilah Tukang, dan Bendahari, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perbelanjaan & Bajet, Hj Andy Faizal.

Turut serta dalam program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah itu ialah, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Trafik & Pengangkutan, Sarinah Guriaman, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur Bahan, Judith@Jenny Lupi, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Luar Bandar, Azri Saflie, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Hafez Shabuddin serta jurutera-jurutera daerah yang lain.