• April 26, 2022
  • 3539

Taklimat Program Pembangunan Aktiviti Koperasi dan Keahlian ANGKASA

Taklimat Program Pembangunan Aktiviti Koperasi dan Keahlian ANGKASA

KOTA KINABALU – Taklimat Program Pembangunan Aktiviti Koperasi dan Keahlian ANGKASA diadakan di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JKR Sabah, hari ini.

ANGKASA atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Program pada pagi itu merupakan sesi penerangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan seperti nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang, keusahawanan, skim perlindungan sosial termasuk zakat dan wakaf, kemudahan BPA dan lain-lain perkhidmatan untuk kepentingan koperasi ahli dan gerakan Koperasi amnya telah disampaikan oleh Pengurus ANGKASA Negeri Sabah, Antony Barubui.