• May 20, 2022
  • 3008

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sabah

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sabah dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu bermula pada 20 – 22 Mei 2022 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor dan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut serta dalam program itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Haji Ali Ahmad bin Hamid, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantau (Lebuhraya Pan Borneo), Mohd Shamsul Nizam serta kakitangan Jabatan Kerja Raya yang lain.

Sabah merupakan destinasi ketiga siri jelajah AKM yang diilhamkan Perdana Menteri selepas siri pertama diadakan di Johor dan diikuti Perlis, sebagai destinasi kedua.