• May 21, 2022
  • 3424

Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah-Sekolah Daif di Kota Belud

Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah-Sekolah Daif di Kota Belud

KOTA BELUD, 19 Mei 2022 – Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah-Sekolah Daif di Kota Belud telah diadakan di JKR Kota Belud yang dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid.


Sesi Menandatangani Surat Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah-Sekolah Daif di Kota Belud dilakukan sebelum penyerahan replika kunci kepada guru-guru besar Pra Sekolah Tempasuk 2, Pra Sekolah Dallas, Pra Sekolah Lasau Tintapon, SK Sayap, SK Nahaba, SK Gensurai, SK Sarang.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid sempat merasmikan Bilik Bencana Daerah JKR Kota Belud yang berfungsi untuk menerima, merekod dan memantau insiden bencana yang berlaku di Kota Belud untuk mengenal pasti laluan-laluan alternatif yang selamat bagi kemudahan orang awam sekiranya berlaku bencana alam. Ianya juga sebagai pusat koordinasi maklumat untuk diselaraskan bersama agensi pengurusan bencana seperti PDRM, Bomba, APM, hospital dan sebagainya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Noriyah binti Kandar, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Tuan Superitendan Shahrudin Mat Husain, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Jabatan Kerja Raya Sabah, Philemon Lajawai, Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Tuan Zulkifli bin Mohd. Ishak, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Tuan Andrew Durat Misun, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Puan Winnie Angon, Penolong Pengarah Arkitek Cawangan Projek Bangunan, Tuan Jeffrey Datuk Ismail, Jurutera Awam Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Puan Norhayana binti Omar dan Jurutera Bahagian Pantai Barat Utara, Puan Ir. Jamilah Tukang.