• May 27, 2022
  • 2707

Jelajah FTRoadpedia Zon Sabah

Jelajah FTRoadpedia Zon Sabah

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof mengetuai Jelajah FTRoadpedia Kementerian Kerja Raya Zon Sabah (27 – 29 Mei 2022) bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, serta pengurusan tertinggi Datuk Wan Ahmad Uzir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk KE CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Timbalan KSU (DP) Zahrul Hakim Abdullah dan Timbalan KSU Pengurusan, Datuk Ahmad Nadzri Embong.

Jelajah FTRoadpedia telah bermula di Sandakan ke WP27 Menaiktaraf Jalan dari Kg Lot M ke Batu 32 Sandakan, melalui WP28 dan WP29 yang mempunyai kemajuan sebanyak 88%. Jelajah diteruskan ke WP30 Telupid, seterusnya ke Cerun FT22 KM96.7 dan KM96.75 Kundasang.

Dalam jelajah tersebut, rombongan sempat meninjau status pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan isu penyenggaraan Jalan Persekutuan seperti Projek Menaiktaraf Jalan dari Sapi Nangoh ke Sg Baoto yang merupakan antara laluan yang mengalami kerosakan teruk dan kini kerja-kerja menaiktaraf sedang giat dilaksanakan.

Mendengar maklumbalas terhadap infra di Sabah turut dilakukan di peringkat kepimpinan negeri Sabah, agensi pelaksana serta agensi-agensi penguatkuasa.

Hari kedua, rombongan turut meninjau lokasi pembaikan cerun di KM 88.0 Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Laluan Persekutuan 22) Ranau. Seterusnya, rombongan menuju ke WP7, Inanam ke Sepanggar (Kota Kinabalu Outer Ring Road) yang telah siap 75.84% dan dijangka akan siap pada pertengahan 2023.

Lokasi lawatan seterusnya ialah WP6, Projek Menaiktaraf Jalan Putatan ke Inanam yang sudah 53% siap dan dijangka akan siap pada pertengahan 2023. Lokasi terakhir dalam jelajah itu ialah meninjau WP5, Menaiktaraf Jalan dari Donggongon ke Simpang Jalan Papar Spur yang sudah 97% siap.

Turut serta dalam program itu, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Philemon Lajawai, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan & Pemantau (Lebuhraya Pan Borneo), Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Hafez Shabuddin.