• June 9, 2022
  • 1587

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Mengenang Jasa Para Pesara 2021-2022 : Cawangan Automotif

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Mengenang Jasa Para Pesara 2021-2022 : Cawangan Automotif

Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Mengenang Jasa Para Pesara 2021-2022 secara serentak pertama kalinya diadakan di Pusat Servis Kenderaan Kerajaan, Putatan pada 25 Mei 2022.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Automotif, Jackson Soliman, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Band Sabin serta kakitangan Cawangan Kejuruteraan Automotif yang berpakaian bertemakan pakaian tradisi masing-masing.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis bagi sambutan tersebut merangkap Penolong Jurutera (Mekanikal) Kanan, Khairul Nazri Bin Jeropakal. Majlis diikuti dengan ucapan kedua-dua KPP yang mengalu-alukan kedatangan dua Jurutera Mekanikal lantikan baharu, Encik Brendon Victorobit dan Puan Dwenna Raymond Moloyos ke cawangan tersebut.

Majlis disambut dengan meriah sekali dengan jamuan makan, sesi penyampaian cenderamata kepada para pesara yang hadir, cabutan nama bertuah, acara sumazau, sesi karaoke, sesi penggambaran kakitangan CKO rasmi dan sesi santai bersuka-suka.

Encik Dominic Yapp mula berkhidmat pada tahun 1982 hingga Julai 2021, Encik Joeplik Antok mula berkhidmat pada tahun 1987 hingga Ogos 2021 dan pernah dianugerahkan Employee of the Year pada tahun 2021. Di samping itu, Encik Mohsin bin Dusin mula berkhidmat pada tahun 1982 hingga Disember 2021, Encik Ajis Jika mula berkhidmat pada tahun 1981 hingga April 2021, manakala Encik Redick Soilian yang mula berkhidmat pada tahun 1997 dan akan bersara pada bulan Julai 2022.

Warga Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan selamat bersara serta penghargaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti para pesara tersebut sepanjang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Sabah. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang dan terus maju jaya.