Jabatan Kerja Raya Sabah

EXPENDITURE AND BUDGET

ANDY FAIZAL BIN SAHAPADIN
Ketua Penolong Pengarah/Perbelanjaan dan Bajet

Alamat:
Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: AndyFaizal.Sahapadin@sabah.gov.my

TANGGUNGJAWAB UTAMA

  1. Memproses Rancangan Malaysia 5 Tahun dalam masa yang telah ditetapkan oleh agensi.
  2. Memproses Bajet Pembangunan Negeri dan Bajet Perbekalan dalam masa yang telah ditetapkan oleh agensi pusat.
  3. Menyediakan Program Kerja Tahunan bagi JKR pada setiap bulan Mac.
  4. Menyediakan kewangan bulanan dan laporan kemajuan fizikal bagi isu pembangunan dalam laporan bulanan kepada Jabatan pelanggan dan Kementerian yang berkenaan pada minggu kedua setiap bulan.
  5. Memohon peruntukan daripada Jabatan Pelanggan dalam tempoh 7 hari
  6. Menyalurkan peruntukan kepada Ketua Cawangan / Jurutera Daerah dalam tempoh 7 hari selepas menerima waran daripada Jabatan Pelanggan.
  7. Memproses A.T.D.A dalam tempoh 4 hari.
  8. Memproses kebenaran untuk memenggil tender dalam tempoh 4 hari.
  9. Memproses penawaran kontrak: Menulis surat kepada pelanggan memohon peruntukan yang telah tersedia dan jika peruntukan sudah disahkan ada, memproses penawaran dalam tempoh 4 hari.
  10. Surat-surat harian – Pungutan dibuat daripada Pejabat Pos pada setiap hari. dihantar ke Pejabat Direktoriat untuk tindakan lanjut pada hari yang sama.
  11. Mengirim surat balasan pada keesokkan hari bekerja.

FUNGSI DAN OBJEKTIF

  1. Mengumpul, meneliti dan menyelaras semua informasi berkaitan yang diserah oleh Cawangan Teknikal Jabatan Kerja Raya bagi menyediakan program Pembangunan Rancangan Malaysia 5 tahun untuk dilaksanakan oleh Jabatan dibawah Kementerian Kerja Raya( Persekutuan)/Kementerian Pembangunan Infrastruktur(Negeri).
  2. Mengumpul, meneliti, berhubung dan menyelaras bagi penyediaan Program Pembangunan / Bajet Berinformasi / butiran yang dikemukakan oleh Jurutera-Jurutera Daerah.
  3. Menyediakan bajet semua kerja yang akan dilaksanakan oleh Jabatan dibawah Perbekalan Negeri .
  4. Menyediakan Program Kerja Pembangunan Tahunan Jabatan.
  5. Memohon, memindah dan menyalur peruntukan bagi pihak Pengarah kepada Cawangan-Cawangan Ibu Pejabat JKR dan Jurutera Daerah-Daerah.
  6. Memeriksa dan menyelia kemajuan fizikal dan kewangan bagi semua kerja-kerja pembangunan yang dijalankan oleh Jabatan.
  7. Berhubung dengan Kementerian, Agensi Kerajaan dan Jabatan lain yang terlibat dengan Program Kerja Pembangunan , prestasi projek dan penyaluran peruntukan.
  8. Kordinasi dengan Cawangan-Cawangan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kementerian dan Jabatan lain untuk mengurangkan kelambatan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  9. Menghadiri bersama atau mewakili Pengarah Kerja Raya dalam mesyuarat rasmi pembangunan projek dan kerja , bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.