Jabatan Kerja Raya Sabah

MESSAGE FROM THE DIRECTOR

IR. ALI AHMAD HAMID

PENGARAH KERJA RAYA SABAH

WARGA JABATAN KERJA RAYA

ASSALLAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Proses petukaran pegawai dan kakitangan adalah perkara biasa dalam Perkhidmatan Awam dan, Jabatan Kerja Raya tidak terkecuali melalui proses ini. Namun core business jabatan tetap tidak berubah, malah akan terus dimantapkan. Oleh hal yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih khususnya kepada YB Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya, untuk menggalas jawatan Pengarah Kerja Raya.

Sebagai satu-satunya jabatan teknikal di Negeri Sabah dengan missi & visinya “JKR Sabah bertekad untuk menjadi sebuah organisasi teknikal yang dihormati dan disegani dalam pembangunan infrastruktur” sudah pasti kita berazam untuk memastikan apa jua perancangan kerajaan akan dilaksanakan dengan jayanya, berkualiti dan menepati piawai yang ditetapkan.

Setiap perancangan kerajaan mempunyai objektif khusus untuk mensejahterakan rakyat, dan mereka sama-sama berhak menikmati erti pembangunan dengan sewajarnya. Melihat keadaan landskap politik masa kini, saya berpendapat Bajet 2021 (RMK12) bagi Negeri Sabah dan Sarawak akan menerima agihan besar dalam peruntukkan pembangunan ini. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita semua untuk memastikan apa jua rancangan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan segera, tanpa kelewatan serios yang akhirnya merugi dan membebankan rakyat. Selain daripada itu, rakyat juga berhak menikmati kemudahan infra yang memenuhi keperluan pelanggan dan berkualiti tinggi. Bilangan projek RMK11 yang lewat jadual dalam berbagai peringkat proses pelaksanaan, dari peringkat perancangan, rekabentuk, perolehan dan pembinaan yang meningkat dan amat merisaukan; mereka yang terlibat ini secara langsung menafikan hak rakyat dalam menikmati pembangunan. Sikap negatif, menangguh kerja, tidak sensitif persekitaran, tidak jujur, tidak berintergrati adalah bertentangan dengan teras Perkhidmatan Awam dan haruslah ditinggalkan.

Dalam konteks ini, kita akan memberi tumpuan untuk fast track proses-proses kerja yang lapok, redtape, penoh birokrasi, yang tidak menguntungkan jabatan. Oleh itu saya menyeru Ketua-ketua Penolong Pengarah mengkaji semula proses kerja masing-masing dan membuat cadangan kepada saya untuk terus digunapakai.

Secara tegas, YB Dato Sri Bung Moktar Radin, Menteri Kerja Raya Sabah telah menekankan betapa perlunya aspek penyampian berkesan (effective fast delivery) ditingkatkan yang akan memberi kebaikkan dan kesejahteraan kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawap kita semua untuk berkerjasama dan memberi sokongan yang tidak berbalah bagi kepada YB Menteri demi untuk kebaikkan Negeri Sabah yang tercinta. Sekian Terima Kasih.

“Please work with me, work as a team for rakyat wellbeing”

Ir. ALI AHMAD HAMID
PENGARAH KERJA RAYA SABAH