Jabatan Kerja Raya Sabah

SUMBER MANUSIA

SARINAH MOHAMAD
Ketua Penolong Pengarah/Sumber Manusia

Alamat :
Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Sarinah.Mohamad@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Sumber Manusia di bahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pembangunan Organisasi, Unit Perkhidmatan, Unit Saraan & Pencen, Unit Tatatertib & Rekod Perkhidmatan. Unit-unit ini dipertangungjawabkan sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan perihal perkhidmatan, gaji, pencen, tatatertib (disiplin), latihan dan peperiksaan, rekod dan penyelidikan dan pembangunan organisasi

Tiap-tiap unit ini berfungsi sebagai nadi dan tunjang kepada Cawangan Pentadbiran yang mana bertanggungjawab terhadap pentadbiran perkhidmatan awam Jabatan Kerja Raya Sabah keseluruhannya.

Antara lain, di samping tugas-tugas ‘routine’ harian, Cawangan ini telah mewujudkan beberapa ‘Task Force’ dan Pasukan Kerja untuk melaksanakan tugas-tugas khas seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Buku Perkhidmatan
  • Penyerapan Anggota Sementara ke dalam perkhidmatan tetap (bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan yang ada)
  • Megemaskini data Anggota Jabatan ke dalam Sistem Maklumat Anggota Perkhidmatan Awam Negeri (SMAPAN).

Di bawah Struktur Baru, Cawangan Pentadbiran di bahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pembangunan Organisasi, Unit Perkhidmatan, Unit Saraan & Pencen, Unit Tatatertib & Rekod Perkhidmatan. Unit-unit ini dipertangungjawabkan sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan perihal perkhidmatan, gaji, pencen, tatatertib (disiplin), latihan dan peperiksaan, rekod dan penyelidikan dan pembangunan organisasi.

Tiap-tiap unit ini berfungsi sebagai nadi dan tunjang kepada Cawangan Pentadbiran yang mana bertanggungjawab terhadap pentadbiran perkhidmatan awam Jabatan Kerja Raya Sabah keseluruhannya.

Antara lain, di samping tugas-tugas ‘routine’ harian, Cawangan ini telah mewujudkan beberapa ‘Task Force’ dan Pasukan Kerja untuk melaksanakan tugas-tugas khas seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Buku Perkhidmatan
  • Penyerapan Anggota Sementara ke dalam perkhidmatan tetap (bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan yang ada)
  • Memasukkan data Anggota Jabatan ke dalam SMAPAN bermula sejak bulan Jun 1997

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan, bimbingan dan nasihat kepada semua Cawangan di Daerah termasuk Bahagian dan Unit JKR di peringkat Ibu Pejabat mengenai hal-hal perkhidmatan dan perjawatan
  • Memastikan semua rekod kakitangan termasuk rekod peribadi dan sulit adalah kemaskini dan teratur
  • Memastikan semua tindakan Pentadbiran mengenai perjawatan diselaraskan dengan pihak-pihak seperti Jabatan Ketua Menteri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian/Cawangan/Unit di JKR
  • Menyelaras dan bekerjasama dengan Cawangan-cawangan diperingkat Ibu Pejabat dan Daerah dalam merangka keperluan gunatenaga dan hal-hal organisasi
  • Mengadakan perbincangan dan dialog mengenai masalah-masalah Pentadbiran dan Kakitangan yang melibatkan Bahagian/Cawangan atau Seksyen-seksyen tertentu di peringkat Ibu Pejabat dan Daerah.

FUNGSI

1) UNIT PERKHIDMATAN
  • Perlantikan Jawatan.
  • Lantikan Memangku/ Tanggungan Kerja
  • Pengesahan Jawatan
  • Perlanjutan Tempoh Percubaan
  • Peresapan ke Jawatan Tetap
  • Perletakan Jawatan.
  • Pembaharuan Kontrak
  • Kenaikan Pangkat
  • Perlantikan Semula Selepas Bersara
2) UNIT SARAAN PENCEN DAN PENILAIAN PRESTASI
  • Pelarasan Skim dan Tangga Gaji
  • Penyediaan Kertas Pencen
  • Penilaian Prestasi
  • Pinjaman Semua Jenis
  • Tuntutan Elaun
  • Tambang Percuma/ Subsidi
  • Pendahuluan Gaji
  • Tugas Ad-Hoc
  • Peresapan Jawatan Kumpulan “D”
3) UNIT TATATERTIB DAN REKOD PERKHIDMATAN
  • Tatatertib/ Surcaj
  • Rekod Perkhidmatan
  • Latihan Kursus dan Peperiksaan
  • Penempatan dan Pertukaran Kakitangan.
  • Keselamatan Pejabat
  • Kebenaran Memandu Kenderaan
  • Urusetia Lembaga Tatatertib
  • Kaunseling
4) UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI
  • Struktur Organisasi
  • Skim Perkhidmatan
  • Pewujudan Jawatan
  • Permasalahan Organisasi
  • Urusetia Kepada Pengurusan Sumber Tenaga Manusia
  • Perlaksanaan Keperluan Tribunal/ Kesatuan Kerja
  • Perlaksanaan Semua Pekeliling Kerajaan
  • Senarai Kakitangan dan Perjawatan
  • Kekosongan Jawatan
  • Penyelenggaraan Skim