Ar. VICTOR CHONG KET VUI Ketua Penolong Pengarah/Arkitek
Alamat: Tingkat 6, Bangunan Ibu Pejabat JKR, Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu. Tel: 088 244333 Fax: 088 237234 E-mel: Victor.Chong@sabah.gov.my
LATAR BELAKANG
Cawangan Arkitek Jabatan Kerja Raya, Sabah adalah bertanggungjawab terhadap rekabentuk dan pembinaan projek-projek bangunan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Selain daripada melaksanakan bangunan baru, cawangan ini juga melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan membaikpulih semua bangunan dan kuarters kerajaan yang sedia ada.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut :-
Menyediakan pelan rekabentuk dan lukisan projek bangunan Persekutuan dan Negeri dalam jangka masa yang telah dipersetujui.
Membantu pejabat Persekutuan dan Negeri dalam menyediakan bajet kewangan untuk projek bangunan dalam masa 3 hingga 6 minggu dengan syarat segala maklumat yang diperlukan telah dibekalkan.
Memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan pelaksanaan kerja-kerja bangunan semasa pembinaan kepada pegawai penyelia di peringkat daerah.
Menyelaras dan memantau juruperunding yang terlibat dalam projek bangunan untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri demi menjamin kepentingan kerajaan terpelihara.
Menyediakan anggaran, rekabentuk dan lukisan untuk kerja pengubahsuaian pejabat dan kuarters untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
MATLAMAT
Matlamat cawangan bangunan adalah untuk melaksanakan projek-projek bangunan kepada Kementerian/Jabatan pelanggan yang menyediakan peruntukan tertentu untuk dilaksanakan di seluruh negeri Sabah.
Cawangan Arkitek juga perlu memastikan bahawa bangunan-bangunan yang dilaksanakan samada untuk kegunaan pejabat mahupun rumah kediaman atau lain-lain tujuan direkabentuk berdasarkan kepada Undang-Undang Bangunan seragam sedia ada serta memenuhi piawaian tertentu termasuklah estetik senibina dan fungsi/kegunaan bangunan dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan/diluluskan
FUNGSI
Menyediakan rekaan Seni Bina untuk bangunan Kerajaan.
Mendokumentasi rekaan Seni Bina.
Menyediakan khidmat nasihat tentang perkara yang berkaitan Seni Bina kepada agensi agensi Kerajaan yang lain.