Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan ikhtisas yang berkualiti, cekap dalam merekabentuk, membina sistem rangkaian jalan luar bandar yang memadai, ekonomik dan selamat yang dapat menampung keperluan pembangunan negara, dan dengan ini bertujuan untuk:
- Merekabentuk & membina jalanraya yang selamat, efisien & berasaskan Arahan-Arahan Teknik (Jalan) & piawaian yang diiktiraf;
- Memberikan kemudahan jalanraya untuk pembangunan sosio & ekonomik;
- Meningkatkan piawaian jalanraya sedia ada ke tahap piawaian yang ditetapkan;
- Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan, rekabentuk & pengurusan lalulintas, dan
- Melaksanakan semua projek yang telah diluluskan dalam masa yang ditetapkan dengan pelanggan-pelanggan & agensi kerajaan.