PITAS, 16 APR – JKR Pitas telah mengadakan pemusnahan rekod awam / kewangan bersama-sama dengan Cawangan Sumber Manusia, wakil Jabatan Akrib Negeri Sabah dan wakil Jabatan Bendahari Negeri Sabah.


Tujuan pemusnahan rekod tersebut diadakan adalah untuk melupuskan rekod-rekod yang tidak lagi digunakan, bersesuaian dengan cabutan-cabutan enakmen seksyen 6 (1) yang menyatakan tentang rekod awam yang perlu dilupuskan berdasarkan Enakmen Arkib Negeri 1980.


Ia juga adalah untuk menjimatkan ruang penyimpanan serta mengemaskini sistem rekod Jabatan Kerja Raya Pitas.
