Cawangan Jurukur Bahan bertanggungjawab membantu Jabatan dalam merancang dan melaksanakan projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan seperti projek-projek pembinaan bangunan, jalan raya, penyelenggaraan jalan raya, jambatan, pembaikan cerun, mekanikal dan elektrikal serta bekalan dan perkhidmatan daripada peringkat permulaan (inception) sehinggalah penyiapan. Selain daripada itu, Cawangan Ukur Bahan juga bertanggunjawab menyediakan dan menyusun dokuman-dokumen tender, mempelawa tender serta menyediakan anggaran harga bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh JKR.
Tugas-tugas utama Cawangan Ukur Bahan disenaraikan seperti berikut:-
- Bekerjasama dengan Perekabentuk Projek-projek pada peringkat permulaan (Inceptio Stage).
- Mempelawakan tender untuk projek-projek yang telah diluluskan berdasarkan prosedur-prosedur kerajaan.
- Menyediakan Dokumen-dokumen Kontrak untuk ditandatangani.
- Memproseskan kerja-kerja yang berkaitan dengan Pentadbiran Kontrak setelah projek ditawarkan kepada kontraktor..
- Memproses Arahan-arahan Kerja (Works Order).
- Menyelenggara dan mengemaskini Sistem Pentadbiran Kontrak JKR (database).
- Menyediakan dan Mengedarkan Berita Mingguan JKR.