Jabatan Kerja Raya Sabah

AUDIT DALAM, PIAWAIAN DAN KUALITI

MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD JAME
Ketua Penolong Pengarah/ Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti

Alamat:
Bangunan Baru Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: MohdDzulkarnain.MohdJame@sabah.gov.my

Latar Belakang

Audit Dalam

Adalah menjadi dasar kerajaan supaya diwujudkan satu cawangan atau Unit Audit Dalam disetiap Jabatan yang mengakaun sendiri bagi menjalankan satu fungsi bebas dalam memeriksa dan menilai aktiviti Jabatan. Cawangan Audit Dalam Jabatan kerja Raya memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan atasan, dari segi pentadbiran dan fungsi auditan. Cawangan Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Pengarah Kerja Raya, untuk membolehkan cawangan tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Laporan ini diharap dapat perhatian pengurusan atasan kepada kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, supaya langkah-langkah awal / positif dapat diambil demi mengatasi mengurangkan kelemahan-kelemahan sedemikian dari berulang lagi.

Piawaian Dan Kualiti

Di bawah penstrukturan semula JKR Sabah yang telah dluluskan pada tahun 2005, sebuah Unit Kualiti telah ditubuhkan disamping lima cawangan teknikal yang lain. Salah satu objektif utama penstrukturan semula ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efektif kepada orang awam. Penubuhan Unit Kualiti adalah untuk memfokus ke atas pengurusan kualiti perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh Jabatan ini. Tugas utama Unit ini ialah melakukan pemeriksaan kualiti Kerja dan juga mengenalpasti segmen kerja yang kerapkali menghadapi masalah kualiti.

Cawangan Piawaian dan Kualiti adalah diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Gred J48 dan dibantu oleh seorang Pembantu Teknik Gred J36 serta beberapa kakitangan sokongan lain. 

FUNGSI

Audit Dalam

Menyediakan laporan-laporan yang bebas, objektif, jelas, profesional dan tepat pada masanya mengenai operasi Jabatan Kerja Raya supaya Pengarah Kerja Raya dapat meninjau rancangan-rancangan dijalankan, samada matlamat-matlamat dicapai, wang kerajaan digunakan dengan sepatutnya dan sumber-sumber diperuntukkan dengan cekapnya.

Piawaian Dan Kualiti

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan sisten pengurusan kualiti untuk Jabatan;
  • Menyediakan dan mengemaskini dasar ‘Quality Assurance’ dan Garispanduan-garis panduan
  • Menyemak Pelan Kualiti untuk semua projek yang dilaksanakan oleh Jabatan ini diperingkat pra-tender dan semasa pembinaan
  • Menganalisa masalah-masalah kualiti dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan.

BIDANG TUGAS

Audit Dalam

Bidang kuasa Cawangan Audit Dalam meliputi Jurutera-jurutera Daerah/Cawangan/Unit yang mahu mempastikan peruntukkan yang di beri oleh kerajaan Negeri/Persekutuan dapat dilaksanakan oleh Jabatan

OBJEKTIF

Audit Dalam

Objektif Utama Cawangan Audit Dalam ialah :

  • Untuk membantu mempertingkatkan keberkesanan Pengurusan JKR dengan menyediakan analisa penilain, cadangan dan maklumat tentang aktiviti yang dikaji.
  • Untuk membantu pengurusan atasan JKR dalam usaha bahawa pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur serta program / aktiviti Jabatan Kerja Raya diuruskan dengan Cekap, Ekonomi dan berkesan. Dengan matlamat tersebut, Cawangan Audit Dalam membuat analisa dan cadangan serta memberi nasihat dan maklamat berhubung dengan aktiviti yang telah diperiksa.
  • Bertindak sebagai mekanisma “Check and Balance” untuk Jabatan.

PIAGAM PELANGGAN

Audit Dalam

Cawangan Audit Dalam adalah komited untuk menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawaian yang diterima umum.Kami berjanji:

  • Menjalankan pemeriksaan audit dalam tahunan untuk pejabat Jurutera Daerah dan dari masa ke semasa untuk pejabat Cawangan Ibu Pejabat.
  • Mengadakan perbincangan dengan pegawai berkenaan sewaktu atau selepas pengauditan dijalankan bertujuan menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.
  • Mengemukakan laporan bertulis dalam masa 3 minggu selepas pengauditan, dan;
  • Mengambil tindakan susulan ke atas penemuan audit yang penting.