Jabatan Kerja Raya Sabah

JALANRAYA

Ir. ADRIAN NORBERT LEE @ ADRIAN NORBERT
Ketua Penolong Pengarah/Jalanraya

Alamat:
Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Adrian.Lee@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Jalanraya, Jabatan Kerja Raya Sabah bertanggungjawab terhadap semuapembangunan jalan Negeri dan Luar Bandar didalam Negeri Sabah. Ia memainkan peranan penting keatas perancangan, merekabentuk dan pembinaan jalan-jalan tersebut serta mempastikan peranan-peranan tersebut dijalankan dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan lalulintas.

PIAGAM PELANGGAN

Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan ikhtisas yang berkualiti & cekap dalam merekabentuk & membina sistem jalan raya yang memadai, ekonomik & selamat yang dapat menampung keperluan pembangunan negara, & dengan ini bertujuan untuk :-

  1. Merekabentuk & membina jalan raya yang selamat, efisien & berasaskan Arahan-arahan Teknik (Jalan) & piawaian yang diiktirafkan.
  2. Mengadakan kemudahan jalan raya untuk pembangunan sosio & ekonomik.
  3. Meningkatkan lagi taraf jalan raya yang sedia ada ketahap piawaian yang ditetapkan.
  4. Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan,rekabentuk & pengurusan lalulintas.
  5. Melaksanakan semua projek yang telah diluluskan dalam masa yang dipersetujui dengan pelanggan-pelanggan & agensi kerajaan.

OBJEKTIF

Objektif Cawangan Jalan Raya ialah untuk membentuk sistem jalan raya yang memadai, ekonomik dan selamat yang dapat menampung keperluan negara, dan dengan ini bertujuan untuk:-

  1. Membentuk piawaian yang sesuai untuk semua kategori jalan raya.
  2. Mengadakan/memperbaiki kemudahan jalan raya untuk kegunaan sosio & ekonomik.
  3. Meningkatkan lagi taraf jalan raya yang sedia ada ketahap piawaian yang perlu.
  4. Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan, rekabentuk & pengurusan lalulintas.