Jabatan Kerja Raya Sabah

KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL

MARCELLUS BIN TAMBUD
Ketua Penolong Pengarah/Kejuruteraan Elektrikal

Alamat:
Ibu Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrikal,
Kompleks JKR, 88200 Putatan, Sabah 
Tel: 088 765599
Fax: 088 765628
E-mel: Marcellus.Tambud@sabah.gov.my

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan M & E bagi bangunan-bangunan Kerajaan.
  • Memastikan setiap kerja pepasangan dilaksanakan dengan selamat, efisien, moden dan ekonomi melalui rekabentuk, pengawasan serta penyelenggaraan yang teratur.
  • Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan dalam segi kemudahan perhubungan elektronik, lampu dan kuasa, sistem penyamanan udara dan lif-lif.
  • Memberi khidmat nasihat kepada semua agensi Kerajaan dalam aspek perkhidmatan M & E.

FUNGSI

  • Mengenalpasti keperluan pelanggan berhubung dengan bangunan-bangunan baru atau bangunan yang sedang diubahsuai.
  • Menjalankan pemeriksaan di tapak binaan sekira diperlukan.Menyediakan anggaran.
  • Merekabentuk dan dokumentasi, mengawas dan menyelia pelaksanaan projek.
  • Bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa seperti SESB, JBE, Bomba dan Telekom.
  • Memeriksa keadaan pepasangan elektrik yang rosak dan merbahaya. (mengsyorkan pendawaian semula atau naiktaraf jika perlu).
  • Mengkaji keperluan sistem penggera kebakaran untuk bangunan-bangunan dan menghantar cadangan untuk perlaksanan.
  • Mengkaji langkah-langkah penjimatan tenaga (elektrik) dalam bangunan-bangunan.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai perkara teknikal kepada Kerajaan dan agensi-agensinya.

Berikut adalah antara khidmat utama rekabentuk Cawangan Elektrik :-
  • Pepasangan elektrik, pencahayaan, penyamanan udara jenis loji.
  • Penjana kuasa jenis standby, Lif-lif, sistem penggera kebakaran
  • Sistem hose reel, PABX dan sistem telefon
  • Pengagihan Voltan Tinggi (HV)/ Voltan Rendah (LV)

PIAGAM PELANGGAN

  • Merancang perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan dalam masa 2 minggu.
  • Merekabentuk dan memproses semua pelan mekanikal dan elektrikal, kemudian mengembalikan semula kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pelan diterima.
  • Pemeliharaan dan pembaikan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan sebanyak 1 kali setiap bulan.
  • Kerja-kerja penggantian ke atas chiller usang dalam tempoh 12 bulan.
  • Kerja-kerja penggantian ke atas lif usang dalam tempoh 15 bulan.
  • Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang biasa dalam masa 1 hari.
  • Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang rumit dalam masa 7 hari.
  • Khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi kerajaan akan diberi dalam tempoh yang dipersetujui.