Jabatan Kerja Raya Sabah

ARKITEK

JEFFREY @ JEFF BIN DATUK ISMAIL
Ketua Penolong Pengarah (Kanan)/Arkitek

Alamat:
Tingkat 6, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu. 
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Jeffrey.Ismail@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Arkitek Jabatan Kerja Raya, Sabah adalah bertanggungjawab terhadap rekabentuk dan pembinaan projek-projek bangunan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Selain daripada melaksanakan bangunan baru, cawangan ini juga melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan membaikpulih semua bangunan dan kuarters kerajaan yang sedia ada.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut :-

  • Menyediakan pelan rekabentuk dan lukisan projek bangunan Persekutuan dan Negeri dalam jangka masa yang telah dipersetujui.
  • Membantu pejabat Persekutuan dan Negeri dalam menyediakan bajet kewangan untuk projek bangunan dalam masa 3 hingga 6 minggu dengan syarat segala maklumat yang diperlukan telah dibekalkan.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan pelaksanaan kerja-kerja bangunan semasa pembinaan kepada pegawai penyelia di peringkat daerah.
  • Menyelaras dan memantau juruperunding yang terlibat dalam projek bangunan untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri demi menjamin kepentingan kerajaan terpelihara.
  • Menyediakan anggaran, rekabentuk dan lukisan untuk kerja pengubahsuaian pejabat dan kuarters untuk Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

MATLAMAT

Matlamat cawangan bangunan adalah untuk melaksanakan projek-projek bangunan kepada Kementerian/Jabatan pelanggan yang menyediakan peruntukan tertentu untuk dilaksanakan di seluruh negeri Sabah.

Cawangan Arkitek juga perlu memastikan bahawa bangunan-bangunan yang dilaksanakan samada untuk kegunaan pejabat mahupun rumah kediaman atau lain-lain tujuan direkabentuk berdasarkan kepada Undang-Undang Bangunan seragam sedia ada serta memenuhi piawaian tertentu termasuklah estetik senibina dan fungsi/kegunaan bangunan dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan/diluluskan

FUNGSI

  • Menyediakan rekaan Seni Bina untuk bangunan Kerajaan.
  • Mendokumentasi rekaan Seni Bina.
  • Menyediakan khidmat nasihat tentang perkara yang berkaitan Seni Bina kepada agensi agensi Kerajaan yang lain.