Jabatan Kerja Raya Sabah

PROJEK JALAN LUAR BANDAR

Hj. ANDY FAIZAL BIN SAHAPADIN
Ketua Penolong Pengarah/ Projek Jalan Luar Bandar

Alamat:
Tingkat 3, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu. 
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234

E-mel: AndyFaizal.Sahapadin@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Projek Luar Bandar ialah sebuah cawangan baru yang telah ditubuhkan pada bulan November 2019. Tujuan utama penubuhan cawangan ini ialah untuk membolehkan Jabatan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek-projek Jalan Luar Bandar di Negeri Sabah.

PIAGAM PELANGGAN

Bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan ikhtisas yang berkualiti, cekap dalam merekabentuk, membina sistem rangkaian jalan luar bandar yang memadai, ekonomik dan selamat yang dapat menampung keperluan pembangunan negara, dan dengan ini bertujuan untuk:

  • Merekabentuk & membina jalanraya yang selamat, efisien & berasaskan Arahan-Arahan Teknik (Jalan) & piawaian yang diiktiraf;
  • Memberikan kemudahan jalanraya untuk pembangunan sosio & ekonomik;
  • Meningkatkan piawaian jalanraya sedia ada ke tahap piawaian yang ditetapkan;
  • Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan, rekabentuk & pengurusan lalulintas, dan
  • Melaksanakan semua projek yang telah diluluskan dalam masa yang ditetapkan dengan pelanggan-pelanggan & agensi kerajaan.

OBJEKTIF

Objektif Cawangan ini ialah untuk membentuk sistem Jalanraya Luar Bandar yang memadai, ekonomik dan selamat yang dapat menampung keperluan negara, dan dengan ini bertujuan untuk:

  • Memberikan / memperbaiki kemudahan jalan raya untuk kegunaan sosio & ekonomik;
  • Meningkatkan piawaian jalanraya sedia ada ke tahap piawaian yang diperlukan; dan
  • Mempertingkatkan keselamatan jalan melalui keseimbangan perancangan, rekabentuk & pengurusan lalulintas.

FUNGSI

  • Mengenalpasti projek-projek dan anggaran kos projek untuk disenaraikan dalam cadangan Rancangan Malaysia;
  • Perancangan kewangan dan penyediaan bajet tahunan bagi projek-projek yang telah diluluskan;
  • Pengukuran terperinci, penyiasatan, rekabentuk dan penyediaan dokumen-dokumen tender bagi projek-projek yang telah diluluskan;
  • Pemantauan projek, penyelarasan dan penelitian bagi projek-projek yang sedang dijalankan;
  • Pentadbiran kontrak dan penyeliaan pembinaan projek; dan
  • Perhubungan diantara agensi-agensi Persekutuan Negeri.