Jabatan Kerja Raya Sabah

STOR

ROSEDAH @ YAH BINTI MD. SAID
Ketua Penguasa/Stor

Alamat:
Jabatan Kerja Raya, Cawangan Stor,
Jalan Kepayan, 88100 Kota Kinabalu
Emel: Rosedah.MdSaid@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Stor Jabatan Kerja Raya adalah sebuah cawangan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan semua pengurusan stor dari segi pemesanan, penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan menjaga keselamatan stor. Secara amnya, fungsi Cawangan Stor Jabatan Kerja Raya adalah semata-mata untuk memberi khidmat dalam menyediakan bekalan barang-barang yang diperlukan jabatan mengikut mutu, kualiti dan tempoh yang telah ditetapkan. Disamping itu memberi khidmat nasihat/taklimat mengenai pengurusan dan penyelenggaraan stor yang cekap dan berkesan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Cawangan ini juga di pertanggungjawabkan bagi mengendali dan menguruskan pelupusan harta benda Kerajaan (Board of Survey) bagi Jabatan Kerja Raya seluruh Sabah.

Cawangan Stor Jabatan Kerja Raya juga mempunyai Stor Pusat dan beberapa cawangan-cawangannya diseluruh Sabah. Satu daripadanya terletak di Putatan dan fungsi utama Stor Putatan adalah bagi menampung keperluan bekalan barang-barang semua cawangannya. Bagi Cawangan Stor Pusat Sandakan, Tawau dan Keningau pula adalah bertujuan bagi menampung keperluan bekalan barang-barang yang diperlukan oleh daerah masing-masing dan juga menampung keperluan bagi daerah-daerah yang berdekatan dengannya. Tujuan utama pengwujudan Cawangan Stor Pusat di daerah-daerah ini adalah bagi menjimatkan perbelanjaan pengangkutan, elaun dan sebagainya.

PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah komited memberi khidmat bekalan yang cekap dan berkesan.

  • Memastikan semua bekalan dan perolehan sentiasa mencukupi untuk keperluan-keperluan pelanggan.
  • Memastikan mutu bekalan berkualiti serta harga perolehan berpatutan.
  • Permintaan pelanggan dipenuhi dalam tempoh satu [1] minggu dari tarikh permohonan diterima
  • Bekalan diserah kepada pelanggan dalam tempoh dua [2] hari dari tarikh permohonan diterima
  • Pengantian mengenai barang rosak/cacat dibuat sertamerta atau dalam tempoh satu [1] minggu dari tarikh barang dipulangkan.
  • Salinan kewangan baucar pemesanan pengeluaran barang-barang (BPPB) dikemukakan kepada Ketua Akauntan dalam tempoh dua [2] hari selepas diterima dari stor-stor daerah atau dalam dua [2] hari selepas diambil di Stor Pusat.
  • Salinan dokumen pekeliling kontrak di edarkan kepada pelangggan dan syarikat pembekal dalam tempoh satu [1] minggu dari tarikh ditandatangani
  • Penerimaan barang diselesaikan dalam tempoh empat puluh lapan [48] jam.
  • Baucar bayaran atau bil-bil/invois pembekal dikemukakan kepada Ketua Akauntan Dalam.

OBJEKTIF

  • Untuk mewujudkan khidmat bekalan yang cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan jabatan. Pemesanan mengikut Mutu, Kualiti dan Tempoh yang ditetapkan.
  • Untuk meningkat dan menyelaras sistem Pengurusan dan Penyelarasan Stor di seluruh Jabatan Kerja Raya Sabah.
  • Untuk mendapatkan faedah daripada konsep pemusatan (Centralization). Pembeli dan pembekal barang-barang dari segi harga, kawalan mutu dan Penyeragaman (Standardization).

FUNGSI

  • Sebagai sebuah stor pusat mengurus perolehan, penyimpanan, pembekalan barang-barang standard dan gunasama bagi memenuhi keperluan Jabatan Kerja Raya di semua peringkat cawangan, daerah dan pelbagai jabatan negeri.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan dan penyelenggaraan stor kepada stor-stor di semua peringkat daerah Jabatan Kerja Raya dengan cara mengadakan lawatan dan pemeriksaan.
  • Mengurus pelupusan harta awam bagi Jabatan Kerja Raya.
  • Memainkan peranan sebagai punca sumber mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan dan keperluan barang-barang.