Jabatan Kerja Raya Sabah

KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR

Ir. ZAINAZAH AHMAD BANJAR
Ketua Penolong Pengarah/Kejuruteraan Awam Struktur

Alamat:
Tingkat 6 Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Zainazah.AhmadBanjar@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur (CKAS) telah ditubuhkan pada 02 November 2018 iaitu semasa pelaksanaan penstrukturan semula organisasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah (Pekeliling Jabatan No. 05/2019 (c)). Sebelum ini, ia dikenali sebagai Cawangan Rekabentuk Struktur, Cawangan Struktur dan Geoteknik dan Cawangan Rekabentuk dan Penyiasatan. Namun begitu, Cawangan ini masih lagi melaksanakan sebahagian besar tugas-tugas utama dalam meneruskan dan mempertingkatkan usaha penyediaan rekabentuk serta lukisan struktur yang lebih berkualiti untuk memenuhi kehendak pelanggan masakini. Ini termasuklah pelaksanaan rekabentuk struktur serta pemeriksaan bagi bangunan dan kerja-kerja awam kerajaan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berkomited sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap seperti berikut:-

  • Merekabentuk dan mengawasi projek-projek kerajaan mengikut kod praktis dan spesifikasi masa kini.  Jangkamasa yang diperlukan untuk menganalisa, merekabentuk dan menyiapkan lukisan-lukisan struktur bagi setiap jenis projek adalah seperti berikut:
    1. Bangunan:
      1. Bergantung kepada jenis struktur dan saiz projek
      2. Lebih kurang empat bulan
    2. Kerja-kerja awam:
      1. Bergantung kepada jenis struktur dan saiz projek
      2. Lebih kurang satu bulan
  • Mengubahsuai bangunan-bangunan kerajaan yang telah wujud dan juga struktur-struktur lain. Tempoh yang diperlukan untuk menganalisa, merekabentuk dan menyiapkan lukisan-lukisan pengubahsuaian adalah lebih kurang satu bulan. Ini juga bergantung kepada jenis struktur yang perlu diubahsuai.
  • Membuat pemeriksaan ke atas bangunan/struktur yang mengalami kerosakan.  Pemeriksaan, laporan pemeriksaan, cadangan pembaikan dan kos anggaran akan disiapkan dalam tempoh tiga minggu setelah menerima laporan atau aduan.
  • Mengambil tindakan ke atas laporan dan aduan dalam masa 72 jam dari masa laporan dan aduan diterima.

MATLAMAT

Matlamat Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur adalah seperti berikut:-

  • Memastikan semua analisa dan rekabentuk bangunan dan struktur kerja-kerja awam kerajaan dilakukan menurut spesifikasi pelanggan.
  • Memastikan semua projek baru kerja awam/pembaikan struktur yang diluluskan dilaksanakan mengikut program tahunan dan pelan QA/QC.
  • Memastikan semua aktiviti pra-tender sehinggalah analisa tawaran dan pencadangan bagi projek kerja awam/pembaikan struktur dilaksanakan dengan lengkap dan lancar.
  • Memastikan panduan/nasihat/khidmat teknikal diberikan kepada pihak yang berkaitan.
  • Memastikan penyenggaraan tembok laut milik kerajaan dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah disediakan dan spesifikasi yang ditetapkan.

FUNGSI

  • Merancang, memeriksa, merekabentuk dan melaksanakan kemudahan infrastruktur.
  • Menjalankan di mana yang perlu kemudahan infrastruktur.
  • Menyelenggara kemudahan infrastruktur.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai perkara-perkara teknikal kepada kerajaan.