Jabatan Kerja Raya Sabah

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Sebagai agensi pelaksanaan yang terbesar di dalam Negeri, yang diamanahkan dengan tugas-tugas pembangunan negara dan berkhidmat untuk memenuhi bermacam keperluan pelanggan-pelanggan dan agensi, kami bertanggungjawab untuk menyediakan dan melaksanakan pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur selaras dengan keperluan pembangunan negara.

Keperluan-keperluan berasas teknikal memerlukan Jabatan ini memberi perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam segi perancangan, rekabentuk, perlaksanaan dan pengurusan semua projek dan program. Bagi memenuhi objektif ini, kami bertujuan untuk memberi kemudahan-kemudahan yang membolehkan semua projek dan program tersebut dijalankan:-

  1. Dalam jangka masa yang pendek.
  2. Dengan nilai yang paling ekonomikal.
  3. Dengan kualiti dan fungsi keberkesanan yang terbaik.

Untuk menjalankan tugas-tugas selaras dengan keperluan objektif ini, kami berjanji:-

  1. Merekabentuk dan membina jalan raya berkualiti berasaskan Arahan-Arahan Teknik (Jalan) dan piawaian dan speksifikasi yang diiktirafkan antarabangsa.
  1. Menyelenggara jalan raya supaya pengguna dapat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat dengan gangguan yang minimum melalui cara-cara berikut:-
  • Kerja pembaikan jalan raya akan dilengkapi dengan tanda-tanda amaran keselamatan piawai yang berpatutan.
  • Tindakan akan diambil tidak melebihi 3 hari dari masa aduan diterima bagi pembaikan lubang-lubang di jalan raya bertar yang membahayakan lalulintas.
  • Tindakan akan diambil tidak melebihi 12 jam dari masa aduan diterima bagi membersihkan pokok-pokok yang tumbang dari permukaan jalan.
  • Apabila tanah runtuh berlaku dan mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, tindakan sewajarnya akan diambil di dalam masa 24 jam setelah aduan diterima.
  • Penutupan jalan yang disebabkan oleh keadaan kecemasan seperti banjir, jambatan runtuh dan sebagainya akan diumumkan melalui sebaran am dalam masa 24 jam setelah aduan diterima.
  • Semua penutupan jalan yang dijadualkan akan diumumkan melalui sebaran am sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
  • Laporan dan aduan mengenai banjir tempatan dan parit-parit di tepi jalan yang tersumbat akan disiasat dan diberikan perhatian dalam masa 24 jam.
  • Laporan dan aduan diterima mengenai lampu isyarat yang rosak akan disiasat dan diberi perhatian dalam masa 24 jam.

    1. Bagi projek-projek bangunan yang bernilai kurang RM10 juta, tempoh berikut adalah dijanjikan.

     

    • Dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga tarikh pemanggilan tender.
      • 14 bulan bagi projek yang menggunakan pelan bangunan piawaian.
      • mengikut jadual yang dipersetujui bersama untuk projek yang menggunakan rekabentuk baru.
    • Lima bulan untuk tempoh dari tarikh iklan tender hingga surat setujuterima dikeluarkan.

     

    1. Bagi projek yang melebihi RM10 juta, tempoh masa perlaksanaan adalah mengikut jadual yang dipersetujui bersama.

     

      • Aduan-aduan yang diterima disiasat dalam masa 48 jam.
      • Mengambil tindakan pembaikan kecemasan dalam masa 48 jam.
      • Mengambil tindakan pembaikan segera dalam tempoh 2 minggu.
      • Mengambil tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 4 minggu.

Kami bertanggungjawab untuk memberi perkhidmaan ikhtisas yang berkualiti dan cekap dalam penyemakan pembahagian tanah, perancangan pembangunan dan kejuruteraan, terutamanya dalam bidang infrastruktur iaitu jalan raya dan pembetungan, untuk memenuhi keperluan pembangunan Negeri. Perkhidmatan kami adalah berasaskan kepada prinsip kejuruteraan yang kukuh. Dalam pada itu juga mengambil berat tentang faktor seperti alam sekitar, ekonomi dan keperluan sosial.

Di dalam menjalankan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berikrar:-

1. Perancangan Pembahagian Tanah.

  • Memastikan semua pembahagian tanah tidak melibatkan atau mengganggu rizap jalan raya dan pembetungan yang telah dirancang.
  • Memastikan semua lot tanah yang telah dibahagi mempunyai jalan masuk atau laluan.
  • Memastikan semua perancangan telah disemak, diberi ulasan dan dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan dalam masa 3 minggu dari tarikh perancangan itu diterima oleh jawatankuasa.

2. Perancangan Pembangunan

  • Memastikan semua kemudahan seperti jalan raya dan pembetungan disediakan dengan betul serta mengikut piawai, peraturan dan panduan yang sedia ada.
  • Memastikan pembangunan yang dicadangkan adalah selaras dengan objektif rancangan pembangunan kerajaan.
  • Memastikan semua perancangan telah disemak, diberi ulasan dan dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam masa 4 minggu dari tarikh perancangan itu diterima oleh jawatankuasa.

3. Perancangan Kejuruteraan

  • Memastikan semua perancangan jalan raya dan pembetungan direkabentuk mengikut prinsip kejuruteraan yang kukuh serta amalan dan piawaian yang sedia ada.
  • Memastikan semua perancangan telah disemak, diberi ulasan dan dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam masa 6 minggu dari tarikh perancangan dan pengiraan rekabentuk itu diterima oleh jawatankuasa.

  1. Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:
  • Penggantian “chiller” – 12 bulan
  • Penggantian lif – 15 bulan
  • Menaikkan taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis “sprinkler” – 15 bulan.
  1. Aduan-aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik pihak pengguna akan diambil tindakan dalam tempoh berikut:
  • Kerosakan yang biasa – 1 hari
  • Kerosakan yang rumit – 7 hari
    1. Semua laporan ujian kualiti bahan akan diberi dalam tempoh 1 bulan.
  1. Keputusan atas permohonan sijil kelulusan bahan akan diberi dalam tempoh 6 bulan jika bahan tersebut telah diluluskan oleh SIRIM.
  1. Keputusan atas permohonan membaharui sijil kelulusan bahan yang lengkap akan diberi dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan.
  1. Kerja penyiasatan tapak, ujian makmal dan rekabentuk asas akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan.
  1. Syor membaikpulih struktur akan dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan.
  1. Khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi pusat akan diberi dalam tempoh yang dipersetujui.
  1. Meneliti serta mengesahkan baucer bayaran kontrak serta cek, bagi pembayaran tidak melebihi RM50,000.00, dalam tempoh 14 hari dari tarikh baucer diterima.
  1. Meneliti serta mengesahkan baucer bayaran kontrak sebelum menghantar kepada Jabatan Bendahari Negeri untuk tindakan selanjutnya, bagi pembayaran melebihi RM50,000.00, dalam tempoh 10 hari dari tarikh baucer diterima.