Jabatan Kerja Raya Sabah

UKUR DAN SOKONGAN MAKLUMAT

AWANGKU EDDIE SYUKRIE PG ABDULLAH
Ketua Penolong Pengarah/Ukur dan Sokongan Maklumat

Alamat:
Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: AgkuEddieSyukrie.PgAbdullah@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Ukur dan Sokongan Maklumat (dahulu dikenali sebagai Cawangan Pengurusan Maklumat dan Teknologi ) merupakan cawangan yang baru diwujudkan setelah penstrukturan semula Jabatan Kerja Raya pada tahun 2005. Buat masa ini, Cawangan Ukur dan Sokongan Maklumat diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dan dibantu oleh seorang Pegawai Sistem Maklumat Kanan serta dua belas (12) orang kakitangan.

OBJEKTIF

Memberi Perkhidmatan ICT melalui Pengotomasian Proses Kerja, Pembekalan, Penyelenggaraan dan Khidmat Nasihat yang Berkualiti.

FUNGSI

  • Mengkaji, merancang, memberi rekomendasi, merekabentuk dan membangunkan keperluan sistem pengotomasian proses kerja Jabatan (PMS, GIS, IMS, BIS, SAB, E-Tour, dsb);
  • Menyelenggara, memperingkat, memberi latihan dan menyebarkan sistem pengotomasian proses kerja yang telah dibangunkan;
  • Mengkaji keperluan, membuat perolehan dan membekalkan peralatan, perisian dan sistem aplikasi ICT;
  • Membantu membuat perolehan peralatan, perisian dan sistem aplikasi untuk Cawangan/Daerah;
  • Meluluskan permohonan cadangan mempertingkatkan peralatan, perisian dan sistem aplikasi ICT;
  • Meluluskan permohonan perolehan peralatan, perisian dan sistem aplikasi ICT daripada Pejabat JKR di Daerah;
  • Membuat penyelenggaraan ke atas peralatan dan perisian ICT (diluluskan/dibekalkan oleh Cawangan PMT sahaja);
  • Mempertingkatkan aspek pengurusan, penyelarasan, pemantauan, perlaksanaan dan keselamatan ICT Jabatan;
  • Membuat pengesahan ‘tidak ekonomi untuk dibaiki’ ke atas peralatan ICT untuk tujuan pelupusan;
  • Menyediakan kepakaran teknikal dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT;
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa ICT Jabatan;
  • Mengurus dan menyelenggara Laman Web Jabatan; dan
  • Membantu dalam latihan berkaitan dengan ICT.