Jabatan Kerja Raya Sabah

PROJEK BANGUNAN

PETROCELLI JOSEPH
Ketua Penolong Pengarah/Projek Bangunan

Alamat:
Bangunan Baru Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Petrocelli.Joseph@sabah.gov.my

LATAR BELAKANG

Cawangan Projek Bangunan sebelum ini adalah disatukan dengan Cawangan Bangunan dibawah jagaan Penolong Pengarah/Bangunan. Oleh kerana Projek Bangunan Sekolah kian bertambah maka satu Unit Kerja Pendidikan telah di wujudkan menjadi satu unit terdiri pada tahun 1976 yang mana diketuai oleh seorang Jurutera Kerja Kanan hinggalah pada hari ini.

FUNGSI

1) Pentadbiran Am/Akaun :

  • Mengendalikan dan memproses semua surat-surat yang diterima dan dikirim mengenai projek-projek bangunan sekolah yang dikendalikan oleh Unit Kerja Pendidikan ini dan mengendalikan pembayaran ke atas projek-projek yang dikendalikan.

2) Bahagian Lukisan Menjalankan kerja-kerja melukis pelan bangunan sekolah yang dirancang bagi sebuah projek yang akan dibina.

OBJEKTIF

  • Merancang dan merekabentuk projek-projek pendidikan yang diserahkan kepada Jabatan ini bersesuaian dengan ringkasan projek yang diterima dari Jabatan Pendidikan Sabah.
  • Menyelaras (kordinasi) pelaksanaan projek-projek pendidikan yang dikendalikan oleh Jabatan ini di seluruh Negeri Sabah supaya pelaksanaan projek-projek dapat dijalankan dengan lancar.
  • Menyelaras (kordinasi) kerja-kerja penyenggaraan yang diserahkan kepada Jabatan ini di bawah Program Khas Penyenggaraan Bangunan Persekutuan di Sabah supaya pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dapat dijalankan dengan lancar.
  • Mengawal rekabentuk dan penyeliaan pembinaan projek-projek pendidikan yang dikendalikan oleh semua konsultan supaya pelaksanaan projek-projek dibuat secara teratur.
  • Mengawas (monitor) peruntukan kewangan dan pembayaran projek-projek pendidikan dan penyenggaraan bangunan pendidikan supaya dana digunakan sebaik-baiknya.