Jabatan Kerja Raya Sabah

AKAUN

NOORHANEEM BINTI SHAHRAIN
Ketua Penolong Pengarah/Akaun

Alamat:
Tingkat 1, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: Noorhaneem.Shahrain@sabah.gov.my

PIAGAM PELANGGAN

  • Memproses baucar bayaran bagi Stor Beruntuk/Tak Beruntuk dalam tempoh 5 hari daripada tarikh penerimaan dokumen-dokumen yang lengkap dan teratur
  • Memproses Baucar Bayaran Am (melainkan Gaji) dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan sekiranya semuanya teratur
  • Mengeluarkan surat pertanyaan dalam tempoh 5 hari daripada penerimaan baucar tersebut.
  • Menyediakan cek-cek pembayaran kepada penerima dalam tempoh 2 hingga 3 hari daripada penerimaan baucar-baucar yang diluluskan.
  • Memproses gaji bulanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memproses semua tunggakan gaji dan elaun dalam masa 7 hari sekiranya semuanya teratur
  • Memproses bayaran ganjaran pegawai-pegawai kontrak dalam masa 2 bulan dari tamat kontrak sekiranya semuanya teratur.
  • Memproses permohonan Pinjaman Kenderaan, Komputer dan Pendahuluan Diri dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan kelulusan.
  • Memberi perkhidmatan dengan segera dan mesra

OBJEKTIF

  • Memastikan sistem perakaunan dan pengurusan kewangan Jabatan dilaksanakan mengikut Arahan Perbendaharaan (A.P) dan mana-mana Peraturan Kewangan yang ditetapkan sebagai polisi Kerajaan.
  • Membantu Jabatan di dalam menyimpan satu buku akaun yang berkesan agar tidak bercanggah dengan objektif Jabatan secara keseluruhan.
  • Menyediakan perkhidmatan Kaunter yang cekap kepada umum dan juga kakitangan Jabatan sendiri.
  • Memberi kerjasama erat kepada Jabatan Bendahari Negeri dan Kementerian Kewangan selain daripada semua Cawangan, Daerah dan juga unit-unit yang ada di Jabatan Kerja Raya.

FUNGSI

  • Menyediakan Penyata Tahunan Kewangan dan laporan Pengendalian dan Penyelenggaraan Kumpulan Wang Amanah untuk dihantar ke Kementerian Kewangan Sabah.
  • Mengakaun Pengendalian dan Penyelenggaraan Kumpulan Wang Amanah
  • Memastikan segala hasil Kerajaan dikutip dan diambilkira
  • Memastikan segala perbelanjaan dan bayaran balik dibuat berpandukan kepada Arahan Perbendaharaan dan lain-lain Peraturan Kewangan yang ada dan didokumentasikan dengan betul.
  • Memproses dan membayar gaji (termasuk tunggakan dan elaun) pada tarikh yang ditetapkan pada jadual pembayaran yang disediakan oleh Jabatan Bendahari Negeri.
  • Memproses, menyemak dan meluluskan kesemua baucar bayaran sebelum dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri untuk penyediaan cek
  • Memproses permohonan untuk Pinjaman Kenderaan, Komputer dan Pendahuluan Diri
  • Memastikan sistem perakaunan di J.K.R. adalah cekap, mencukupi dan mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum
  • Menyediakan akaun bulanan untuk perbelanjaan, kutipan tunai. Akaun Stor Tak Beruntuk, Akaun Sewa Loji, Akaun Amanah Kuari dan Premiks dan Akaun Kerja Jabatan Bendahari Negeri untuk disatukan ke Akaun Utama Jabatan Bendahari Negeri.
  • Menyediakan anggaran tahunan untuk hasil misalnya:
    1. Sewa untuk bangunan Kerajaan, rumah dan perabot Kerajaan, kerja untuk akaun persendirian, penerimaan J.K.R. dsb
    2. Perbelanjaan bekalan di bawah vot S36
    3. Wang Amanah (K88, K56)

  • Memohon untuk peruntukan tambahan atau viremen jika dan bila diperlukan