PENAMPANG, 24 MEI – Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil kepada pelajar Latihan Industri di JKR Penampang telah disampaikan kepada Nur Zarina Binti Dino, Lau Kiew Hui dan Josellah Josephat Jimbangan daripada Kolej Komuniti Penampang yang telah memulakan latihan industri mereka pada 31 Januari 2024 sehingga 22 Mei 2024.



Jurutera Daerah JKR Penampang, Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan ringkas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen, kerjasama dan sumbangan sepanjang menjalani latihan industri di JKR Penampang.
Semoga semua dapat menimba ilmu sepanjang menjalani latihan industri dan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Terima kasih dan selamat maju jaya.
