TELIPOK, 13 JUN – Jabatan Kerja Raya Sabah, diketuai oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin, telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Binaan Malaysia.

Tujuan kunjungan itu adalah bagi membincangkan peluang kolaborasi dalam memperkasa kemahiran dan mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET di Sabah dalam aspirasi pekerja mahir.


Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan, Sarinah Guriaman, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Otomotif, Jackson Soliman dan Ir. Melvin @ Francis Humoc, Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan.

