KOTA KINABALU, 14 JUN – Timbalan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Ir. Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kerja Raya Sabah.


Turut serta dalam kunjungan itu, Pengarah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (IADA) Kota Belud, Norfaine Sameun.


Objektif kunjungan adalah untuk membincangkan berkenaan projek cadangan pembinaan kompleks IADA di atas tanah N.T9750 di Kota Belud.
